Search This Blog

Wednesday, May 4, 2011

Konvensyen Doktor Muda 2011 Hulu Selangor

Pintu Masuk Kg Air Panas Kerling

Program Dr.Muda telah lama di simpan dan di almarikan di Hulu Selangor. Jadi sempena akan berlangsungnya Konvensyen Dr.Muda di Sabak Bernam pada 15-16 Jun 2011, kami di sini, pun nak
tumpang meriah dan buat-buat program.
Astro mesti ada
Kg.Baru kini boleh di ibaratkan sebagai rumah orang tua yang besar, anak-anak muda berduyun-duyun keluar cari makan di luar kampung, sesekali kami temui jua pemuda yang masih tidak tertarik kepada lampu kota, ataupun makanan segera tetapi setia tinggal di kampung dan bermain selut menoreh getah.

Penceramah terlalu memukau..
Program kali ini, diadakan di kem PLKN Pelangi yang terletak di penghujung kampung baru ini. Kem ini milik SPC Pelangi, harta Datuk Ramli. Kami sempat booking tempat ini, memandangkan tiada lagi peserta PLKN sehingga bulan Mei.
SK Tmn Bunga Raya I 

Terdapat 6 buah sekolah yang hadir ke program ini, sekitar 65 murid sekolah yang datang. Rasanya masing-masing ada hasrat nak jadi Doktor kelak hari juga. Mungkin nilai seorang yang bergelar Doktor masih tinggi di mata masyarakat, dan ramai lagi kemungkinan, tetapi berapa ramai ibu bapa yang tahu, sekarang negara kita sedang menghasilkan sekitar 3000-4000 doktor baru setahun? Berapa yang ketahui sekarang di kebanyakan hospital besar, doktor muda(Houseman) terlalu ramai sehingga berlaga-laga?
Bayangkan 1 Houseman jaga 2-3 pesakit, zaman dulu 1 Houseman jaga 30-40 pesakit.

"Yang itu trip saya..hang jangan pikiaq nak potong tau.."
Negara kita sedang berlumba-lumba untuk mencapai nisbah Doktor:Pesakit yang optima secepat mungkin yang boleh,jadi sekolah-sekolah perubatan tumbuh macam cendawan selepas hujan. Doktor-doktor kini dihasilkan macam kereta proton saga yang mempunyai kualiti sub-optimum, pesakit mana pandai membezakan.Ini belum lagi menceritakan jururawat daripada kolej swasta yang menganggur dan bekerja sebagai assistant di klinik swasta.
Terima Kasih menghadiri Konvensyen Dr.Muda
Mungkin negara kita sedang pesat membangun, mempunyai penduduk yang semakin ramai, jadi lebih banyak pekerjaan perlu disediakan, jadi lebih banyak institusi2 pengajian tinggi di cendawankan, bila ada pekerjaan, boleh beli kereta, boleh kahwin, boleh beli rumah, boleh buat anak, semuanya boleh. Persoalannya, adakah kita sedang mengikut corak pertumbuhan ekonomi yang betul?
Juru-juru rawat rawat kita
Kita selalu lupa sediakan payung dan berfikir cuaca akan cerah sampai maghrib..pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat akan sentiasa menunggu, dan mengharapkan pelanduk, seperti bini tua tunggu suami pulang rumah.
Urusetia Konvensyen Dr.Muda 2011 Hulu Selangor
Selepas ini, kita bersiap-siap menunggu konvensyen Dr.Muda peringkat negeri!

No comments:

Post a Comment