Search This Blog

Sunday, March 27, 2011

Cerita Si Merah Empok dengan Sang Selut Liat..dan RAkan-RAkan

Si Merah sangkut dan tertonggeng

Sang Selut menyedut kaki



Ramai ramai Mencari pemangkin untuk membantu Merah

Sedia berkhidmat dalam apa jua








                                                           Lama-lama,sikit-sikit






                                    Bidadari bertungkus-melumus
Sulaman terakhir 
Jambatan kebebasan ditinta...tetapi



Semboyan dibunyikan

Rakan-rakan merah tampil membantu
Hati besar, niat murni..


Daya terhad


Merah Empok masih terbenam


Rakan lain turut menghulurkan


Hitam Manis sedia menarik


Apa kesudahan Si Merah empok?

Thursday, March 24, 2011

Felda, Kg Baru Cina, Ladang dan Kg Orang Asli

      Telah 3 bulan, bas Klinik Bergerak 1 Malaysia (KB1M) yang sarat, membawa kami menjelajah ke pelosok hulu selangor untuk mencari pesakit, mengubati penyakit dan kadang-kadang untuk melayan karenah yang berpenyakit, bermacam ragam, sehingga menyebabkan salah seorang jururawat kita jatuh sakit dan kena stroke.
 ( beliau telahpon balik bertugas dalam bas, tetapi sampai hari ini, mulut masih senget sikit)

     Ramai staf yang diterjunbidankan ke dalam operasi KB1M, kerana ada yang perlu diundurkan , tetapi bas tetap bergerak melainkan jalanraya jadi terlalu licin kerana salji lebat semalaman ataupun drebar bas perlu menghadiri majlis akad nikah sendiri di Golok atau di Padang Besar,kalau tidak, kata omputeh; is business as usual
Golok lepas senja
Sg.Golok seringgit sehala

         Kami paling gemari bertandang ke Felda, mungkin kerana hujan renyai-renyai yang sentiasa menanti kami, dengan rumah mereka yang tersusun atur tanpa pagar, siap dengan signboard yang ada nama pemilik pasangan suami isteri terpahat dan terpacak di depan laman.


Di situ kami perlu lebih banyak stok ubat kencing manis dan darah tinggi. Di situ kami kadang-kadang lupa untuk bersepatu dan bertali leher. Rokok di gulung, sireh dikunyah.Masa lupa untuk berlalu.

           Perasaan sebegini selalu disentap ketika melawat ke Kg. Baru Cina yang terletak sekali bersin dari jalan besar menghubungkan Kuala Kubu Bharu (KKB) dan Tanjung Malim(TM). Bila bas tiba di destinasi; dewan orang ramai,ramai yang telah siap menunggu kehadiran kami. 


Penduduk di sini suka minta payung dari kami, mereka mengambil berat tentang kesihatan dan semakin bertimbun ujian dilakukan untuk mengetahui tahap kolesterol, gula dan tekanan darah penduduk di sana. Sebenarnya pendekatan sebegini elok juga, takkan tunggu sampai nak hujan baru terhegeh-hegeh cari payung.
File:GombakNewVillage.JPG
Kg. Baru
           Negara kita jika dibandingkan dengan Amerika kira muda lagi. Kita baru lima abad berbanding dengan U-S the A yang menjangkau 2 kurun merdeka. Pencapaian kita memuaskan tetapi boleh diperbaiki lagi.


 Saya masih ingat seorang pesakit perempuan umur 4 tahun yang saya temui di salah satu ladang. Dia datang bersama kakaknya kerana ibu mereka masih berkabung dan dalam pantang untuk meninggalkan rumah. Ayah mereka baru meninggal dunia kerana masalah buah pinggang, yang kronik pada usia yang muda.


Keluarga mereka hilang daun yang lebar untuk berteduh dan ibu mereka patah semangat untuk bertarung. Mungkin keperitan sebegini mampu mematangkan seseorang dalam jangka masa yang singkat, tetapi tidak ramai yang mampu menunggu badai berlalu dan selamat tiba di pantai.
Gunung dibawa ladang dilawat
Teratak teduh di ladang

Menunggu giliran 
Fasiliti di Kg OA Pertak
               Setelah pindah balik ke KKB, saya telah bertemu dengan seorang penulis yang telah bercendawan di bawah 6 orang perdana menteri termasuk yang kini.


 Dalam seloka dan berserius saya mengetahui antara penduduk yang terawal mendiami hulu selangor termasuk orang rawa, mendiling tetapi yang pertama adalah orang asli.


Si penulis menokok dan berkata, dulu, orang asli selalu menggunakan ubat batuk manis-manis yang diambil dari gomen klinik untuk diapitkan bersama roti dan kopi. Tapi itu dulu lah.

Sekarang rumah comel, jamban elok, motor siap berminyak petrol dan tidak kurang juga yang berkahwin dengan orang melayu dan cina. Persoalan saya kepada si penulis, mampukah penduduk orang asli memilih untuk mempinggirkan diri dari arus perubahan , dan berpegang kepada fahaman lama sedangkan dunia luar rancak berputar dan meninggalkan mereka.


 Di sini saya rasa kepentingan bersekolah dan berpelajaran, kerana orang yang berilmu tahu hak mereka, pandai membuat pilihan dan tak senang kena tipu.
Kg OA Bkt Manchung
             Lagi 6 bulan cukup 9 bulan, yang sarat boleh membuahkan anak, ramai yang berkata-kata ini tahun pilihan raya umum, saya hanya seorang pelaksana, tahun depan hala tuju bas ke mana biarlah mereka yang menentukan.
Kamilah Pewaris

Thursday, March 17, 2011

Mencari Klinik Bergerak 1 Malaysia

Bas Klinik Bergerak 1 Malaysia (KB1M)
Kg Orang Asli Bkt Manchung; Hulu Selangor

      Hari pertama, klinik bergerak kami beroperasi. Bas kami gostan dekat 9-10 kali baru dapat posisi yang sedemikian kerana ruang parking sangat sempit. Kalo saya yang pandu, dah lama kami masuk gaung.

    
Bos pon stress

Bos : Sister, macam mana u nak arrange ubat-
ubatan tu, patient mau masuk bas ikut pintu mana..Zul ! Ngaper kipas tu baring dalam bas lagi?? Nanti sembahyang..u orang tau arah kiblat arah mana ke?..nanti tengahari mau makan apa, saya keluar tapau..Mana toilet?takde tandas ke??


Mengambil Wuduk
Di mamah usia, menanti masa


Hentian seterusnya..Ladang Nigel Gardner.....

Setelah hampir 3 bulan KB1M beroperasi, kami telah:
  • bertembung dengan babi hutan yang selamba melintas jalanraya, di depan bas kami.
  • tayar bas sangkut dalam lumpur, tak boleh jalan.
  • lebih mengenali budi penduduk luar bandar.
  • semakin pandai hidup bersama bas.