Search This Blog

Friday, April 6, 2012

Mencari kerja apa?

Semalam ketika bekerja, seorang Jururawat Kanan bertanya pendapat saya,
dia berasa runsing kerana anak perempuannya, sudah selesai menunggu keputusan SPM,
dan ingin membuat pilehan untuk melanjutkan cita-citanya berkaitan tentang bidang komputer.
Memandangkan Jururawat kanan ini berbangsa India, dia lebih percaya kepada keutuhan pekerjaan
seperti; Doktor, Loyar,cikgu,Ingineer.
Di sinilah wujud masalahnya.

Pada pendapat saya, 4 pekerjaan di atas telah ketinggalan zaman bukan disebabkan kerana kita tidak lagi memerlukan mereka tetapi keperluan pasaran pekerjaan sekarang dan pada masa yang akan datang
tidak berkeupayaan untuk terus menampung kuantiti yang dihasilkan dan bukan kualiti seperti yang diharapkan. 

Jika anda berniat untuk menjadi seorang doktor bedah pakar dalam hepatobiliary; kamu tetap 
akan diperlukan senantiasa. Jika kamu berhasrat muncul sebagai Peguam yang khusus dalam membidas kes Intellectual property; jalan masih terbuka luas. Jika kamu ingin mendidik sehingga memiliki sebuah
sekolah persendirian yang bukan untuk menghasilkan cendawan; mencikgulah kamu. 

Kebanyakan kita menerima terlalu banyak persekolahan, bermula dengan.
A) 2 tahun pra sekolah rendah
B) 6 tahun sekolah rendah
C) 5 tahun sekolah menengah
D) 1-1/2 tahun pra-universiti&kolej
E) 3-5 tahun di universiti



Apa yang kita perlukan adalah didikan yang betul, dan bukan tulang belakang
yang bongkok daripada menggalas beg sekolah. 
Education versus schooling.

Jadi, saya beritahu Jururawat kanan tersebut, ajarlah anak kamu untuk membuat pilihan
yang akan mengizinkan dia untuk keluar daripada lingkaran makan gaji pada satu masa nanti.
Jika anak dia ke menara gading dengan harapan untuk bekerja dengan gomen pada masa
akan datang. Itu bukan lah suatu pilehan yang baik.Gomen tidak
lagi mampu terus memakai baju yang sendat ini sampai selama-lamanya.Benang pada butang 
baju sudah longgar, menanti masa terburai. 


Sebab mengapa kain baju tak cukup, saya rasa rata-rata kita tahu sebabnya. Lebih baik
kita belajar buat atau beli baju sendiri,sementara menanti gomen dapat baju baru.



No comments:

Post a Comment