Telah 3 bulan, bas Klinik Bergerak 1 Malaysia (KB1M) yang sarat, membawa kami menjelajah ke pelosok hulu selangor untuk mencari pesakit, mengubati penyakit dan kadang-kadang untuk melayan karenah yang berpenyakit, bermacam ragam, sehingga menyebabkan salah seorang jururawat kita jatuh sakit dan kena stroke.
( beliau telahpon balik bertugas dalam bas, tetapi sampai hari ini, mulut masih senget sikit)
Ramai staf yang diterjunbidankan ke dalam operasi KB1M, kerana ada yang perlu diundurkan , tetapi bas tetap bergerak melainkan jalanraya jadi terlalu licin kerana salji lebat semalaman ataupun drebar bas perlu menghadiri majlis akad nikah sendiri di Golok atau di Padang Besar,kalau tidak, kata omputeh; is business as usual.
Golok lepas senja |
Sg.Golok seringgit sehala |
Kami paling gemari bertandang ke Felda, mungkin kerana hujan renyai-renyai yang sentiasa menanti kami, dengan rumah mereka yang tersusun atur tanpa pagar, siap dengan signboard yang ada nama pemilik pasangan suami isteri terpahat dan terpacak di depan laman.
Di situ kami perlu lebih banyak stok ubat kencing manis dan darah tinggi. Di situ kami kadang-kadang lupa untuk bersepatu dan bertali leher. Rokok di gulung, sireh dikunyah.Masa lupa untuk berlalu.
Di situ kami perlu lebih banyak stok ubat kencing manis dan darah tinggi. Di situ kami kadang-kadang lupa untuk bersepatu dan bertali leher. Rokok di gulung, sireh dikunyah.Masa lupa untuk berlalu.
Perasaan sebegini selalu disentap ketika melawat ke Kg. Baru Cina yang terletak sekali bersin dari jalan besar menghubungkan Kuala Kubu Bharu (KKB) dan Tanjung Malim(TM). Bila bas tiba di destinasi; dewan orang ramai,ramai yang telah siap menunggu kehadiran kami.
Penduduk di sini suka minta payung dari kami, mereka mengambil berat tentang kesihatan dan semakin bertimbun ujian dilakukan untuk mengetahui tahap kolesterol, gula dan tekanan darah penduduk disana . Sebenarnya pendekatan sebegini elok juga, takkan tunggu sampai nak hujan baru terhegeh-hegeh cari payung.
Penduduk di sini suka minta payung dari kami, mereka mengambil berat tentang kesihatan dan semakin bertimbun ujian dilakukan untuk mengetahui tahap kolesterol, gula dan tekanan darah penduduk di
Negara kita jika dibandingkan dengan Amerika kira muda lagi. Kita baru lima abad berbanding dengan U-S the A yang menjangkau 2 kurun merdeka. Pencapaian kita memuaskan tetapi boleh diperbaiki lagi.
Saya masih ingat seorang pesakit perempuan umur 4 tahun yang saya temui di salah satu ladang. Dia datang bersama kakaknya kerana ibu mereka masih berkabung dan dalam pantang untuk meninggalkan rumah. Ayah mereka baru meninggal dunia kerana masalah buah pinggang, yang kronik pada usia yang muda.
Keluarga mereka hilang daun yang lebar untuk berteduh dan ibu mereka patah semangat untuk bertarung. Mungkin keperitan sebegini mampu mematangkan seseorang dalam jangka masa yang singkat, tetapi tidak ramai yang mampu menunggu badai berlalu dan selamat tiba di pantai.

Menunggu giliran |
Fasiliti di Kg OA Pertak |
Dalam seloka dan berserius saya mengetahui antara penduduk yang terawal mendiami hulu selangor termasuk orang rawa, mendiling tetapi yang pertama adalah orang asli.
Si penulis menokok dan berkata, dulu, orang asli selalu menggunakan ubat batuk manis-manis yang diambil dari gomen klinik untuk diapitkan bersama roti dan kopi. Tapi itu dulu lah.
Sekarang rumah comel, jamban elok, motor siap berminyak petrol dan tidak kurang juga yang berkahwin dengan orang melayu dan cina. Persoalan saya kepada si penulis, mampukah penduduk orang asli memilih untuk mempinggirkan diri dari arus perubahan , dan berpegang kepada fahaman lama sedangkan dunia luar rancak berputar dan meninggalkan mereka.
Di sini saya rasa kepentingan bersekolah dan berpelajaran, kerana orang yang berilmu tahu hak mereka, pandai membuat pilihan dan tak senang kena tipu.
No comments:
Post a Comment