Search This Blog

Wednesday, October 5, 2011

Di ufuk dinihari?

Saya berpendapat, negara kita kini berada di suatu era yang tersendiri.
Sedang menanti perubahan yang mungkin bakal melanda.
Seperti anak dara menanti malam pertama.

Sudah lama tidak sebegitu, semenjak Chin Peng berjumpa Tunku di Baling untuk
berdebat secara rasional mengenai erti kebebasan dan makna perjuangan. Pertikaian 
ideologi yang akhirnya mengundurkan CPM daripada negara kita.

Dalam zaman sekarang, di mana kemudahan internet telah meresap jauh ke dalam
Felda,Ladang dan kampung.Apatah lagi kawasan bandar yang telah lama
berjinak dengan rangkaian jalur lebar, istilah,' information is king' sudah
menjadi kurang relevan, kerana kebolehan untuk
mengawal dan menyebarkan informasi bukan lagi
milik mainstream media/arus perdana.

Disebabkan wujudnya informasi alternatif, pandangan rakyat
semakin berkumandang, sehingga-kan institusi kehakiman yang sepatutnya
agung boleh dipertikaikan, ' in the court of public opinion'.
Ini jelas diperlihatkan dalam kes Linggam dan baru-baru ini,
Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini, dimana
rakyat telah pun membuat keputusan,berdasarkan arus non-perdana
dan sentimen sendiri.

Saya berpendapat lagi bahawa,kita tidak boleh
mengekang perubahan ini tetapi cuba untuk
memanfaatkan penggunaanya untuk diri, dan
saya rasa kali ini satu perdebatan sedang berlangsung,
samada di komuniti kita, kedai kopitiam, rumah ibadat,di internet
mahupun di parlimen,yang pokoknya mengenai apa
yang membezakan dan cuba membezakan kita,sebagai rakyat.

Sudah lama negara kita tidak berdebat secara terbuka
dan yang pentingnya,secara rasional dengan hati yang terbuka. 
Kerana secara batin-nya, rata-rata faham apa guna-nya, jika 
menang bersorak tetapi kampung tergadai.