Search This Blog

Saturday, September 17, 2011

Gotong-royong di Kg Baru Sejantung, Kalumpang

Ahad yang lepas-lepas, Bos besar suruh kami
bekerja,kerana ada 'outbreak' di lokaliti yang dinamakan di atas.
Maksudnya, terdapat lebih daripada 2 kes Denggi yang dilaporkan,dalam
satu kawasan yang sama.

Suasana pagi yang biasanya tenang, di pecahkan oleh
kehadiran staff-staff daripada Majlis Daerah Hulu Selangor( MDHS),
Unit Vektor Pejabat Kesihatan Hulu Selangor, dan ahli-ahli parti PKR,
selaku penaung J.K.K.K kampung baru.

Siap bergerak


Tujuan kami pada haritu, adalah untuk melakukan kerja gotong-royong,dalam usaha
membersihkan kawasan kampung dan mengenalpasti, kawasan 'hotspot' seperti,
semak-samun yang tinggi mencecah langit, longkang tersumbat yang menyembunyikan harimau kumbang,
dan reban ayam.Ia reban ayam

Wakil rakyat turun bersama

Ketua kampung pun membanting tulang

Reban ayam pun di selongkar

Jumpa juga jentik-jentik dalam bekas di atas, tetapi di sebabkan kesalahan kali pertama,
kita bagi 'chan' satu lagi. Kalau ada lagi kelak hari, kita akan bakar ayam bersama reban sekali,tetapi
bukan bekas besi yang digambarkan di atas kerana kita jabatan kesihatan, berperikemanusiaan.

tempat harimau kumbang bertendang

Bunga di rumah orang jangan petik, lihat dan hirup boleh

Mat bunga, tangan gatal

Operasi gotong-royong mula hilang stim, menjelang tengahari. Sinaran terik matahari
membuatkan ramai yang segan tampil dan terus hilang entah ke mana. Akhirnya
hanya tinggal beberapa ekor keldai yang masih rajin menanggung beban meneruskan
tanggungjawab. Kata omputeh..'pay peanuts get monkey'.

Sudah bersih

Sesekali kita turun buat kerja boleh bantu menyedarkan orang tempatan.
Kerana kita mudah lupa.


Saturday, September 10, 2011

Bukit Kutu; Hulu Selangor

Hari itu,saya mengambil keputusan untuk
mendera diri, kali terakhir adalah di Bukit Nuang, di mana saya
mengambil masa 6 jam untuk sampai di puncak, dan 4 jam untuk turun bukit;
saya adalah yang ter-akhir sampai di puncak, dan ter-akhir tiba
di kaki bukit, sukar dibayangkan memandangkan saya peserta yang paling muda masa itu.

beg Biru 40kg

Ekspedisi kali ini di anjurkan oleh Green Catuck dan K.E.R.A.S, dua buah
kelab yang ada di hulu Selangor.Seperti banyak perkara yang lain, makan minum
di-subsidi oleh pengasas Green Catuck; daripada kocek sendiri.


Doa selamat sebelum bermula


Pagi tersebut, bukan kami sahaja yang ingin menakluk puncaknya. Staff daripada Hospital
Orang Asli Gombak juga mempunyai hasrat yang sama. Sebelum kami berlepas, langit mendung, jadi
saya pun siap berbekalkan topi.

Sungai pertama

Saya difahamkan, dulu pada zaman British, ada banglo-bango mewah di atas bukit Kutu, siap dengan


tennis court dan landasan keretapi ke puncak bukit.Mungkin suatu masa
dahulu, bukit Kutu lebih glamer daripada bukit Frasers.



Betul-betul curam



Bunga sekuntum sesat di tengah belantara

Batu-batu besar memberi teduh

Kabus menyelebungi tatkala menghampiri puncak

Setelah basah sampai ke hujung stokin dan akar rambut bulu ketiak,di simbah
air hujan, akhirnya kami tiba di puncak bukit kutu yang mempunyai ketinggian sekitar
4100 lebih kaki.

Nasi ayam masak merah yang kurang mendapat sambutan dan di anaktirikan,ketika
masih di kaki bukit kutu
tiba-tiba mendapat sambutan yang amat memberansangkan di kalangan peserta
ekspedisi ketika sampai di puncak. Daun pokok yang masih di mandi air embun,juga
tampak menyelerakan.

Cerobong dapur yang masih tertinggal mengingatkan,sejarah
penjajahan kita

Pemandangan di atas bukit kutu haritu, agak terbatas disebabkan
kabus tebal mengehadkan penglihatan saujana kita. Jika tidak,
di war-warkan yang kita boleh lihat sampai ladang-ladang
anggur yang terletak di Perancis, pada benua eropah.Takde rezeki.

Setelah penat sampai di puncak, masa untuk turun pulak,mengikut
trek yang sama, dalam keadaan yang becak..Alamak, pacat.

Suci dalam debu







ADA Sarang SEBALIK Bumbung?


Minggu yang lepas kami ke ladang 15 lagi, kali ini, biznes kurang mendapat sambutan, pesakit yang datang melayan bas seperti anak kucing bermain  tepi jalan, semasa hujan; tiada. Mungkin juga bulan puasa, mungkin juga kita perlu bercanang dari jalan ke jalan menghebahkan kehadiran kami supaya mereka tidak lupa kewujudan kami. Manusia; mudah dapat kurang hargai.                                                                                                          

Sila teka siapa yang tak bangun bersahur?

Saya selalu terhidu, dan cuba mengingati di mana saya pernah terjumpa akan bau ini apabila saya masuk ke dalam Dewan setiap kali, tatkala saya menjenguk
ke Ladang 15, hari itu di sebabkan pesakit tidak ramai, dan cuaca mendung, burung layang-layang semua terbang
 bertenggek rendah .


Tempat ber-chatting untuk burung, sambil menanti hujan
Tiba-tiba, dua pekara tersebut terlintas di kepala saya dan menghasilkan sesuatu yang bermakna; seperti mencampurkan Starbucks dan kedai kopitiam apek cina tepi jalan yang menghasilkan,konsep
Oldtown Kopitiam,Pak Hailam kopitiam, Pappa Rich dan seterusnya.

Bumbung tua
Tempat burung bersarang

Rahsia yang di miliki

Pemandangan yang jarang di kota kosmopolitan

Ramai orang yang ingin meninggalkan negara ini, disebabkan pelbagai dorongan
dan tarikan. Tetapi apabila saya melawat ke tempat sebegini, dan melihat secara
mendalam, saya tetap merasakan kami masih berada di bumi yang bertuah.