Search This Blog

Sunday, May 29, 2011

Pertandingan Bola Tampar PKD Hulu Selangor 201


 Bulan yang sudah, kami menganjurkan permainan bola tampar,
tujuan dia supaya, kita ada peluang menghentam bola ke muka dan
badan lawan, malangnya disebabkan kami mempunyai keyakinan diri 
yang jati, kami lupa untuk berlatih bersungguh, akhirnya, pasukan
kami kurang berjaya.Pedih.

KK Serendah( Baju Ungu) berdepan dengan bakal JUARA

Kadang2 segan juga apabila orang kesihatan( Kita) meminta orang awam 
bersenam untuk mengurangi stress, minta pesakit kurangkan berat
badan,tetapi ramai juga orang kesihatan kita yang badan sedap2,
empuk2 dan bulat2. Susah nak buat orang awam dengar cakap kita mintak
kuruskan badan
kalau BMI kita sendiri pun dekat2 40.

Gelombang merah
Pernah suatu ketika dahulu teruna juga

Beraktiviti fizikal bukan sahaja untuk berpeluh, tetapi ia juga
memberi peluang untuk
merapatkan jurang di antara pihak atasan dan yang bawah,
membuka peluang untuk saling mengenali,
dan..something to look forward to..selain
kerja..kerja dan kerja

Jiwa tengah KACAU
Orang kuat kita, nak duit cari dia
Kadang2 kita mendapat komplen di mana staff kurang sopan
terhadap pesakit ataupun memberikan layanan yang kurang bagus, staff bergaduh
sesama sendiri,cara penyelesaian yang mudah adalah untuk
memberi surat amaran dan menimbuskan perkara tersebut.
Jalan yang satu lagi adalah melakukan preventive management,
di sinilah wujud peranan orang atasan.

Juara kita; KK Sg. Selisik

Bujang Lapok bertiga
Manusia adalah ciptaan Allah yang istimewa, kita lain
kerana kita diberikan kebolehan untuk membuat pilihan
dan keupayaan untuk mengawal emosi kita terhadap sesuatu
perkara samada yang sedap ataupun pahit.

Dengan perubahan masa yang kian menghubungkan,
setiap insan di sini dan sana, ramai yang semakin berilmu
dan berpelajaran, maka meningkatlah juga suara- suara
yang akan memperjuangkan hak diri dalam
hampir semua aspek kehidupan harian.
Di sinilah bakal wujud pergolakan.


Pilihan generasi muda
KK Kalumpang mengintai peluang untuk menang

Tetapi, kadang2 kita lupa, bukan senang untuk menjadi bos,
kerana apabila kita memegang tampuk berkuasa, kita harus
sentiasa celik kepada hampir setiap perubahan yang berlaku di sekeliling kita.
kerana untuk mengetuai, kita perlukan kepercayaan daripada pengikut kita.
Dan untuk menerbitkan dan mengekalkan perasaan ini, bukanlah
sesuatu perkara yang mudah

Siapa gerangan jejaka hensome tersebut ia..?

Masih setia menunggu hujan
JUARA : KK Sg Selisik
NAIB Juara : Pentadbiran PKD Hulu Selangor
Ketiga : KK Kg. Soeharto

Thursday, May 26, 2011

Tipah Tertipu


Baru-baru ini, bas kita yang baru tak sampai setahun
selalu meragam. Badan bas ok, tayar bas cengkam lagi,
TV LCD dalam bas jelas sampai bulu hidung boleh  nampak,
Injin bas kuat ada power, macam malam pertama dengan madu.
Jadi, siapa yang bagi masalah selalu, semacam budak remaja yang baru akil baligh?
Air-cond Bas

Bangunlah..nanti tertinggal bas sekolah pula

Macam anggota polis yang baru dapat tangkap Mat rempit yang
baru merempuh road-block, injin bas cepat panas. Entah dah berapa kali, kita 
hantar bas balik kilang bas untuk di baiki, entah dah berapa banyak kita makan asap injin air-cond 
campur dengan air-cond. Sedap juga lepas dah biasa makan asap, dah tak perasaan dah.


Kerja kau, tiup kuat-kuat dan sejukkan injin air cond

Ini baru kita ceritakan tentang air-cond. Tapi tak baiklah
kita buka pekung di dada dan mempelawa musibah, kita kan 
beradat timur.


Tak biasa pulak saya nak bagi CPR pada kipas..camner?

Kadang-kadang saya terpikiaq, mengapa kita selalu jadi
sebegitu; tandas yang cantik, bersih, pam berfungsi,lantai
yang kering, tetapi lepas 3 bulan, cuba jenguk-jenguk. Sekian.

Monday, May 23, 2011

Arah Tuju Kita

Melainkan kita hendak bermigrasi

Sabtu lepas, saya menghadiri satu majlis perkahwinan seorang kawan
di PJ Hilton.Sebenarnya anak perempuan sulung dia yang berumur 26 tahun yang berkahwin, dia bantu meraikan.

26 tahun yang dulu, kawan saya berkahwin dengan gadis pilihan-nya, seorang ahli farmasi dan memeluk agama Islam. Kawan saya pernah bercerita, ramai yang tidak memahami mengapa dia membuat pilihan sebegitu pada masa itu. Kawan saya lulusan jurusan perubatan daripada UM era 80-an malahan dapat biasiswa bawah tajaan negeri Pahang untuk belajar di UM. 

Malam tersebut, ketika dia berada di depan untuk berucap dan mengalu-alukan para hadirin, 
dia tampak lain dengan pakaian melayu, siap bersampin dan bersongkok. Mungkin ini kali pertama saya melihat dia berseragam sedemikian. Para tetamu yang semeja saya( bekas teman sekelas kawan di UM) rata-rata senyum melihat dia berpelikat. Dia tetap nampak sepet.

Dua daripada 4 anak dia adalah doktor juga, sporting- sporting juga. Siap keluar menyanyi untuk kakak sulung mereka yang ayu di pencak pelamin bersama suami.

Malam itu, apabila saya melemparkan pandangan saya mengelilingi dewan kahwin yang indah dihiasi, semacam ternampak ramai pasangan yang berkahwin campur yang telahpun menjangkau umur melebihi 50tahun; ada yang siap membawa produk cinta mereka sekali, ke majlis kahwin. Nampaknya zaman anak-anak muda telah bermula.

Kebanyakan jabatan kerajaan yang saya kerap kunjungi, semakin ramai anak muda memegang tampuk pentadbiran dan menjalankan urusan seharian. Perajurit lama kian mengundur diri setelah lama mengekang barisan hadapan, untuk ke belakang. Beginilah lumrah hidup.

Ketika saya meninggalkan dewan, saya terfikir, bagaimanakah Malaysia dalam masa 50 tahun daripada sekarang? kita telah pun berada di mercu kejayaan ataupun masih bergolak untuk meleraikan isu perkauman, agama dan kurang efisiensi yang masih pekat menyalut
kehidupan seharian kita.

Generasi Muda melanda ASEAN

Thursday, May 5, 2011

1 Malaysia 1 Care, Kita sudah bersedia?


Negara kita semakin maju, ekonomi bertambah baik, jumlah pekerjaan yang di tawarkan di pasaran berlipat ganda, kadar kelahiran di negara kita juga meningkat. Persoalan politik, korupsi,kesesuaian pekerjaan yang di tawarkan dan penambahan warga asing kita ketepikan dahulu.

Kesihatan, Health Care, adalah sesuatu yang penting kepada kita, setiap orang akan jatuh sakit, persoalannya bila dan di mana. Lelaki yang telah berkeluarga pulak sibuk pikir mana nak cari wang lebih untuk beli lampin dan susu tepung, ini belum kira kos bersalin anak yang sebiji tu lagi.

Bagi yang pertengahan umur, di belenggu pulak dengan masalah darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung, ini belum di ambil kira  penyakit kanser yang bermacam, dan komplikasi yang wujud daripada kencing manis, darah tinggi seperti hilang kaki dan stroke.

Bila sudah sampai ke penghujung jalan, sisa baki hidup, penyakit tua yang beraneka pulak meragam dan melanda.

Mampukah kerajaan kita terus menanggung kos perubatan untuk setiap rakyat sepanjang masa, daripada buaian ke pusara? Mungkin ramai yang tidak mengendahkan perkara ini, kerana buat masa kini, dengan berbekalkan RM1 boleh dapat macam2 ubat dan rawatan, RM 5 dapat pulak jumpa Doktor pakar di Hospital kerajaan.




Kerajaan kita sekarang sedang menimbangkan pelan untuk bermigrasi ke arah pengurangan tanggungjawab terhadap kos perubatan. Kelak hari individu yang berkemampuan perlu membayar insurans dan premium untuk terus menikmati rawatn perubatan yang sewajarnya, seperti sistem NHS di United Kingdom, Australia dan USA.

Bilakah migrasi ini akan berlaku?
2 tahun? 5 tahun lagi, mungkin? 10 tahun ia.

Wednesday, May 4, 2011

Konvensyen Doktor Muda 2011 Hulu Selangor

Pintu Masuk Kg Air Panas Kerling

Program Dr.Muda telah lama di simpan dan di almarikan di Hulu Selangor. Jadi sempena akan berlangsungnya Konvensyen Dr.Muda di Sabak Bernam pada 15-16 Jun 2011, kami di sini, pun nak
tumpang meriah dan buat-buat program.
Astro mesti ada
Kg.Baru kini boleh di ibaratkan sebagai rumah orang tua yang besar, anak-anak muda berduyun-duyun keluar cari makan di luar kampung, sesekali kami temui jua pemuda yang masih tidak tertarik kepada lampu kota, ataupun makanan segera tetapi setia tinggal di kampung dan bermain selut menoreh getah.

Penceramah terlalu memukau..
Program kali ini, diadakan di kem PLKN Pelangi yang terletak di penghujung kampung baru ini. Kem ini milik SPC Pelangi, harta Datuk Ramli. Kami sempat booking tempat ini, memandangkan tiada lagi peserta PLKN sehingga bulan Mei.
SK Tmn Bunga Raya I 

Terdapat 6 buah sekolah yang hadir ke program ini, sekitar 65 murid sekolah yang datang. Rasanya masing-masing ada hasrat nak jadi Doktor kelak hari juga. Mungkin nilai seorang yang bergelar Doktor masih tinggi di mata masyarakat, dan ramai lagi kemungkinan, tetapi berapa ramai ibu bapa yang tahu, sekarang negara kita sedang menghasilkan sekitar 3000-4000 doktor baru setahun? Berapa yang ketahui sekarang di kebanyakan hospital besar, doktor muda(Houseman) terlalu ramai sehingga berlaga-laga?
Bayangkan 1 Houseman jaga 2-3 pesakit, zaman dulu 1 Houseman jaga 30-40 pesakit.

"Yang itu trip saya..hang jangan pikiaq nak potong tau.."
Negara kita sedang berlumba-lumba untuk mencapai nisbah Doktor:Pesakit yang optima secepat mungkin yang boleh,jadi sekolah-sekolah perubatan tumbuh macam cendawan selepas hujan. Doktor-doktor kini dihasilkan macam kereta proton saga yang mempunyai kualiti sub-optimum, pesakit mana pandai membezakan.Ini belum lagi menceritakan jururawat daripada kolej swasta yang menganggur dan bekerja sebagai assistant di klinik swasta.
Terima Kasih menghadiri Konvensyen Dr.Muda
Mungkin negara kita sedang pesat membangun, mempunyai penduduk yang semakin ramai, jadi lebih banyak pekerjaan perlu disediakan, jadi lebih banyak institusi2 pengajian tinggi di cendawankan, bila ada pekerjaan, boleh beli kereta, boleh kahwin, boleh beli rumah, boleh buat anak, semuanya boleh. Persoalannya, adakah kita sedang mengikut corak pertumbuhan ekonomi yang betul?
Juru-juru rawat rawat kita
Kita selalu lupa sediakan payung dan berfikir cuaca akan cerah sampai maghrib..pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat akan sentiasa menunggu, dan mengharapkan pelanduk, seperti bini tua tunggu suami pulang rumah.
Urusetia Konvensyen Dr.Muda 2011 Hulu Selangor
Selepas ini, kita bersiap-siap menunggu konvensyen Dr.Muda peringkat negeri!