Search This Blog

Friday, April 8, 2011

Buat-Buat peluh



Do Re Mi


Sedia bekerja, semangat meluap-luap sampai terkeluar dari periuk

BUKAN pemandu bas yang sebenar

MA dan Pemandu

Air-blower standby
Ahli Keluarga bas yang terbaru..air-cond bas da 2 minggu rosaklar bang..

Secara Kebetulan

Minggu lepas kami bertandang ke estet.
Selalunya saya sempat curi lelap hampir 45 minit 
kerana perjalanan ke sana makan masa, Masuk highway,
redah jalan berliku baru sampai di destinasi.


Pemberitahu
Kali ini, saya sempat berceloteh dengan penduduk di sana, untuk
mengetahui pandangan dan harapan mereka. Kerana saya bukan
TV3 ataupun Tamil Nesan, jadi liputan saya tidak begitu luas ataupun
tepat. Sekadar je.

Mengikut golongan mandur, kehidupan di estet melibatkan kos 
hidup yang rendah, tempat tinggal, bil elektrik dan air kompeni tanggung,
anak pekerja estet pergi sekolah, ada bas hantar.

Ada lagi harapan

Kalo 1 hari kerja lapan jam dapat rm25, jika kerja cukup hari
dan tak mem-biskut/chipsmore dapat bonus rm50 bila cukup bulan.
Berbanding dengan dunia luar, di mana, sewa rumah, kos makan
minum, kos tambang semua kena tanggung sendiri.


Mungkin pendapat sebegini kurang mendapat sambutan, kerana anak tempatan
yang muda dan yang bertenaga,masih berduyun-duyun,
untuk memburu impian,mencuba nasib,mengekang mata dan membanting tulang,di
tempat orang lain, jauh dari estet halaman. Seorang pemilik kedai memberitahu saya,
lagi 8-10 tahun, bahasa pertuturan utama akan menjadi hindi ataupun jawa di estet tersebut.

Penghubung,pengantara

Imigrasi dan emigrasi penduduk akan sentiasa terjadi.Ramai yang datang ke malaysia naik bot,banyak juga yang tinggalkan negara kita dengan kapal terbang.

Setia menunggu anak pulang

Sekali lagi, saya terfikir, selepas terlaksana-nya konsep 1 CARE di malaysia
perlukah bas kita masuk estet lagi?